Saturday, April 24, 2010

Kursus Membina dan Mengurus Laman Web kal ke-2

Biro ICT dan BLOG Bahagian Sabak Bernam telah mengadakan kursus Membina Dan Membuat Laman Web Kali ke-2.

Kursus ini telah diadakan di Bangunan UMNO bahagian Sabak.

Seramai 30 buah Cawangan UMNO Bahagian Sabak Bernam telah dijemput bagi mempelajari cara membina dan membuat blog dan laman web tersebut.

Kursus ini mendapat sambutan yang amat baik dikalangan Ahli-ahli UMNO dan pemimpin setempat.

Melalui kursus ini juga, ia dapat memberikan ilmu mengenai ICT selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Biro ICT dan Blog UMNO Bahagian Sabak Bernam kerana berjaya mengadakan kursus seperti ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan setiap masa demi meningkatkan pengetahuan ahli UMNO dan menangkis dakyah pihak pembangkang.

No comments:

Post a Comment